Wednesday, 26 June 2013

Susu ILHAM, MAKANAN minda Anak2

Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita d laman ini, moga kita semua dalam rahmat Allah.

Entry kali ini lebih kepada keibubapaan .

Saya yakin ramai ibu bapa yg tercari2 susu yg baik untuk anak yg disayangi.

 kalau anda semua perasan, selalu kat susu budak ade tulis , DHA ,.tapi,, ape bende tu ?

NI lanjutannye:

DHA (Docosahexaenoic acid) :
  • Membantu pertumbuhan otak dan saraf serta fungsi penglihatan untuk bayi 6 bulan pertama .
  • Mengurangkan risiko sakit jantung, bagi dewasa.
  • Boleh mencegah kanser.
  • Menggalakkan pertumbuhan fizikal
  • Memperbagus fungsi saraf.


** Tu je rasenye name scientific dlm susu budak yg jarang ibu2 kaji n ketahui.


ni dia.. susu yg kami nak syorkan pada para parents skalian.

Pertamanya :

iLham.
## susu ini mengandungi TERAPI AL-QURAN tidak boleh langkah ye .

ADA APA DALAM SUSU NI ?? JUM LA KITA ZASSSS SIKIT ;)




Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Badam !

Sape xsuke kacang badam, memang pelik kan ;)
ni fact about badam, to our sweetheart.

Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

         Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
          Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.  kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur!! Whoa !
                Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma nama saintifik Phonex Dactylifera.


Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Aneka kismis , terliur tgk.

kismis amat terkenal dgn hadis ni.

Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”

Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.